Friday, 21 December 2012

Forever

Assalamualaikum.

Berkawan sudah lama. Persahabatan yang kekal selama hampir 5 tahun ini semakin akrab. Pelbagai dugaan telah kami tempuhi. Hadapi bersama. Alhamdulillah, walaupun telah sekian lama kami tidak berjumpa. Kami masih tetap berkawan. Walaupun sudah tidak seakrab dulu. Dan In shaa Allah, persahabatan ini akan kami teruskan sehingga kami semua telah berkahwin, mungkin ? Hehehehehe -__-

Entahlah, aku sendiri tidak tahu. Adakah Anisa masih ingat kami berempat ? Apa yang kami harapkan, walaupun sejauh mana kalian pergi, walaupun sejauh mana kami terpisah. Kami tetap berkawan selamanya.

Segalanya bermula di sini...

Tahun 2008, kami sudah kenal antara satu sama lain. Tapi tidak akrab. Tidak rapat. Kelas yang berbeza membuatkan kami semakin janggal untuk lebih rapat. Aku hanya bersama dengan Athirah. Waktu itu kami semua di SATD. Aku dan Athirah ditakdirkan satu kelas. Manakala, Haida dan Afiqah serta Anisa di kelas yang lain.

Tapi Allah maha adil. Pada hari entah bila, aku lupa. Ustaz Shukri ingin sambung belajar. Lalu kelas aku berpecah. Aku suruh Athirah ikut aku, agar kami rapat. Dan aku memilih untuk masuk ke kelas 3 Redha. Mujur ada Haida,Afiqah dan Anisa. Sejak dari itu, kami terus bersama. Sentiasa.

Pada tahun 2009, kami sekelas lagi. Alhamdulillah. Kami semua ditempatkan di kelas 4 An-Najah. Dengan ustazah yang kecil molek orangnya. Hihihi. Kami duduk di barisan belakang. Seramai 6 orang. Athirah, Dayana, Haida, Afiqah, Anisa dan Shazlin. Dan sejak itu lah, munculnya idea entah dari siapa, mungkin Haida, untuk terus kekalkan persahabatan ini. Dan kami pun bersetuju untuk membuat kumpulan yang dinamakan " Bintang "

Sejak tubuhnya kumpulan itu, kami semakin rapat. Ke mana sahaja, pasti bersama. Indahnya. Walaupun kadang kalanya kami bergaduh. Ada yang terasa hati dan sebagainya. Tapi kami masih tetap bersama. Persahabatan kami sangat utuh. Alhamdulillah.

Sehinggalah masuk tahun 2010. Kami berlima sudah pun berusia 11 tahun. Di sekolah kebangsaan, kami memilih sebuah pondok, untuk kami melepak. Sangat bahagia. Bila tiba waktu rehat, kami akan bersama-sama berehat di pondok itu. Beli makanan dan air, lalu kongsi bersama. Beli air milo, apabila air sudah habis, kami main baling-baling air batu. Ya Allah, sungguh aku rindu semua kenangan ini. Aku sangat rindu...

Malangnya, tidak aku duga. Tiada siapa sangka. Athirah........ Dia hendak pergi meninggalkan kami semua. Dia terpaksa ikut keluarganya ke Perak. Kami sedih. Dan kami fikir, akan terpisah dengan Athirah untuk selamanya. Tapi ternyata, tekaan kami silap. Athirah sudah kembali ke Johor Bahru, pada tahun ini. Syukur, alhamdulillah. Allah memakbulkan doa aku. Dan mungkin doa Haida, juga Afiqah :)

Tahun 2010, bukan hanya Athirah yang pergi, malah Anisa juga. Dan yang paling menyedihkan aku ialah, hari terakhir Anisa di sekolah itu, aku tidak hadir. Aku sangat sedih ;'( Mujur Anisa hanya pindah di desa mutiara. Boleh aku sentiasa mengutuskan surat untuknya.

Masuk tahun 2011, tahun kebebasan kami dari UPSR. Walaupun cuma tinggal aku, Afiqah dan Haida. Kami masih akrab. Walaupun kadang kalanya hanya aku dan Afiqah yang bersama. Yang paling aku geram, pondok yang kami jadikan sebagai tempat kami rehat, telahpun dirampas oleh lelaki lelaki yang *************** hahahahahaha. Geramnya woi -__-

Dan hmm aku dah tak ingat............ Terlalu banyak kenangan. Pahit manis, semuanya. Aku sangat merindui Anisa, Athirah, Haida............ juga Afiqah :p

Hm dan, aku sentiasa mengirimkan surat untuk Anisa dan Athirah, kad raya yang aku beri, harap sampai ke tangan mereka :) hihihi


Dan kini................. 2012 yang tak lama lagi akan masuk tahun 2013


Hm okay lah, bye.............

P/s : Ni blog baru, blog yang lama tu dah lupa password. Maaf

Salam ukhwah sahabat. Terima kasih :)

Posted by,
Dayana Dzarif

No comments:

Post a Comment